Jangan leka masuk Fasa 2, terus jaga SOP - Utusan Malaysia

Jangan leka masuk Fasa 2, terus jaga SOP

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Rakyat di negeri ini diingatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat walaupun Johor beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, pematuhan SOP penting bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

Katanya, ia sekali gus tidak menyumbang kepada peningkatan jumlah penggunaan katil hospital serta Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri ini.

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada barisan hadapan terutamanya. Walaupun Johor sudah ke Fasa 2, SOP tetap kena jaga. Jangan leka. Kita kena sentiasa jaga SOP,” katanya di akaun Twitter rasminya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dilapor mengumumkan Negeri Sembilan, Pahang dan Johor dibenarkan untuk peralihan fasa mulai 24 September ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.