Jalan runtuh: Jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands ditutup - Utusan Malaysia

Jalan runtuh: Jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands ditutup

KEADAAN jalan yang runtuh berhampiran R&R Jalan Raya Simpang Pulai - Cameron Highlands semalam. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Laluan Persekutuan dari Simpang Pulai di sini ke Blue Valley, Cameron Highlands ditutup sepenuhnya kepada semua trafik berikutan kejadian jalan runtuh di Kilometer 43.95 laluan berkenaan semalam, akibat hujan lebat berterusan.

Kejadian berlaku di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jalan Raya Simpang Pulai, melibatkan runtuhan jalan sepanjang kira-kira 30 meter.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kinta dalam kenyataan memaklumkan, penutupan jalan bermula pukul 9 malam tadi.

“Berikutan penutupan laluan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 iaitu Jalan Tapah ke Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, kejadian jalan runtuh berlaku pada pukul 5.45 petang semalam.

Katanya, kejadian berpunca daripada cerun runtuh disebabkan hujan berterusan yang menyebabkan struktur tanah lemah dan tidak kukuh.

“JKR dan pihak konsesi jalan Persekutuan membuat pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan terlibat runtuhan jalan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya