Izreen Azminda selamat melahirkan bayi lelaki - Utusan Malaysia

Izreen Azminda selamat melahirkan bayi lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon berkaliber, Izreen Azminda memaklumkan dia selamat menimang cahaya mata lelaki, kira-kira jam 9.06 pagi, semalam.

Menerusi entri Instagram, Izreen berkongsi perkhabaran gembira itu dengan memuat naik sekeping gambar yang memaparkan anakandanya itu walaupun hanya separuh sahaja.

Sehubungan itu, dia turut berkesempatan menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang tidak lekang mendoakan kesejahteraan dirinya dan bayi.

“Alhamdulillah, lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan bayi,” kongsinya di Instagram.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis mengucapkan tahniah buat kedua pasangan itu sekali gus menitipkan doa agar bayi tersebut sentiasa terpelihara dan sihat.

Sebagai informasi, bayi yang baru dilahirkan ini merupakan anak kedua hasil perkahwinannya bersama pemuzik terkenal, Ude yang dikahwini pada tanggal 8 Ogos 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya