Isu Gaza: Polis panggil Caprice semula jika perlu - Utusan Malaysia

Isu Gaza: Polis panggil Caprice semula jika perlu

CAPRICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis melihat keperluan sama ada  memanggil semula penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice  bagi membantu siasatan berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, Julai lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, bagaimanapun, pihaknya perlu menunggu arahan dari Bukit Aman berhubung perkara itu.

“Memang perlu dipanggil tetapi apa pun kami akan dapatkan nasihat daripada Bukit Aman dan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) terlebih dahulu,” katanya ringkas di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, kertas siasatan membabitkan Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman telah dirujuk ke Ibu IPK Kuala Lumpur. 

Sebaik sahaja  disemak dan dikemas kini, kertas siasatan berkenaan akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Proses itu dilakukan susulan kesemua mereka yang terlibat telah pun selesai diambil keterangan.

Pada 2 September lalu,  keterangan Muhammad Nadir dan Caprice berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin pada Julai lalu telah diambil menerusi emel.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu pada 22 Julai lepas, pendakwah, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.

Ebit turut menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah melampau.

Caprice dilaporkan memberitahu dia  pulang ke tanah Malaysia, semalam. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya