HSB cari waris lelaki meninggal dunia sejak 3 September

Hospital Sungai Bakap cari waris lelaki meninggal dunia sejak 3 September

HOSPITAL Sungai Bakap mencari waris kepada seorang lelaki dikenali sebagai Lee Tuck Chin yang meninggal dunia di hospital berkenaan 3 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Hospital Sungai Bakap (HSB) di Jawi, Nibong Tebal dekat sini mencari waris kepada seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 3 September lalu.

Jurucakap unit forensik HSB berkata, lelaki dikenali sebagai Lee Tuck Chin, 67, meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang dan mayatnya masih ditempatkan di Unit Forensik hospital itu hingga sekarang. 

“Alamat terakhirnya adalah di Nombor 362 Sungai Puyu, Butterworth dekat sini.  Berdasarkan maklumat, lelaki itu sebelum ini ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Nibong Tebal,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, selepas meninggal dunia pihak hospital telah berusaha mengesan ahli keluarga atau warisnya bagi urusan pengebumian namun masih gagal mengesan mereka.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat ahli keluarga atau waris lelaki ini agar menghubungi Unit Forensik HSB untuk urusan pengebumian si mati,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN