Hero anak perempuan adalah bapanya - Thalia Rasul - Utusan Malaysia

Hero anak perempuan adalah bapanya – Thalia Rasul

THALIA RASUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi berbakat besar, Thalia Rasul tidak dapat menyembunyikan kerinduan terhadap arwah bapanya yang telah lama bertemu Pencipta.

Thalia atau nama penuhnya, Ketty Natalia Rasul Khan, 33, berkongsi perasaannya itu menerusi Instastory (IGstory), baru-baru ini.

“Dahulu, kalau ada masalah, selain hubungi mak (mak jauh) untuk dengar suara, saya akan cari dia, hero saya, arwah abah.

“Tanpa memberitahunya apa yang saya hadapi, dia akan cuba gembirakan saya, borak, nasihat. Dia tahu apa ada dalam hati anak dia, apa anak dia rasa.

“Hero bagi anak perempuan adalah ayahnya,” tulisnya.

Thalia meningkat popular selepas menyertai Mentor 4 sebagai protege penyanyi, Ziana Zain.

Penyanyi lagu Diratah Hiba ini kini sedang berusaha mengumpul dana selain mencari tajaan bagi membolehkannya mewakili negara di pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2021 di California, Amerika Syarikat.

Pertandingan berprestij itu dijangka berlangsung sekitar Julai, tahun depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN