Hause buat Villa tersenyum, Bruno kecewakan United - Utusan Malaysia

Hause buat Villa tersenyum, Bruno kecewakan United

BRUNO FeRNANDES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Tandukan Kortney Hause pada minit ke-88 memberi kemenangan 1-0 buat Aston Villa di Old Trafford biarpun Manchester United sepatutnya mampu untuk mencatat keputusan seri.

Bagaimanapun, peluang itu dilepaskan begitu saja susulan kegagalan bintang tengah United, Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan apabila sepakannya melambung tinggi melepasi palang.

Keputusan itu menyaksikan United mengalami kekalahan pertama dan rekod tanpa kalah mereka lebur dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kehadiran Cristiano Ronaldo yang memberi impak pada penampilan pertamanya gagal diteruskan pada aksi berikutnya apabila prestasi bintang dunia itu mula menurun berbanding ketika dia meledak dua gol selepas 12 tahun meninggalkan Old Trafford.

Menerusi sepakan penjuru, tandukan kencang Hause berjaya menggegar jaring yang dikawal penjaga gol United David de Gea.

Seminit selepas itu, tandukan Edinson Cavani terkena tangan Hause dalam kotak penalti sekali gus menyaksikan pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti namun peluang itu disia-siakan Fernandes.

Usaha United diteruskan lagi dan kali ini menerusi percubaan kencang Mason Greenwood yang sekadar melintasi tiang gol yang dikawal penjaga gol Aston Villa Emiliano Martinez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya