'Hari ini permulaan perjalanan saya bersama keluarga besar KPKT' - Utusan Malaysia

‘Hari ini permulaan perjalanan saya bersama keluarga besar KPKT’

REEZAL Merican Naina Merican mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas di KPKT, Putrajaya. - FOTO KPKT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bertegas untuk terus komited menyempurnakan amanah diberikan menggalas tugas baharu sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Hari ini, 1 September 2021, merupakan permulaan perjalanan saya bersama keluarga besar KPKT dan tanggungjawab saya sendiri sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Insya-Allah, saya dan barisan tertinggi KPKT, ketua-ketua jabatan serta seluruh keluarga besar KPKT akan terus komited menyempurnakan amanah yang diberi. Saya bermohon ke hadrat Allah Taala agar perjalanan kami ini sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu beliau hadir melapor diri di kementerian itu dan merakam kad pengimbas waktu sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi yang sebelum ini diterajui Datuk Zuraida Kamaruddin yang dipindahkan ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Reezal sebelum ini memimpin Kementerian Belia dan Sukan di bawah Kabinet bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini digalas oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Reezal dibantu barisan kepemimpinan tertinggi kementerian itu bersama Timbalannya, Datuk Seri Ismail Abd. Mutallib; Ketua Setiausaha, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Muhammad Razman Abu Samah; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Datuk Dr. Mary Wong Lai Lin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar), Datuk Azhar Ahmad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya