“Hari ini jumpa Ayash Affan” - Shuib - Utusan Malaysia

“Hari ini jumpa Ayash Affan” – Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib sudah dibenarkan berjumpa dengan anakanda bongsunya, Ayash Affan, hari ini, yang masih berada di hospital susulan kelahiran pra-matang sebelum ini.

Menurut Shuib, dia menitipkan rasa gembira apabila akan dapat bertemu dan menyentuh bayinya itu buat pertama kalinya.

Sehubungan itu, dia juga memberitahu akan menjaga anak-anaknya dengan didikan agama yang sempurna seperti mana Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin harapkan.

“Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap perkara yang sama berulang kali, ‘baby yang ke-4 ini awak jaga dia tau, jaga tau, awak jaga okey.

“InsyaAllah sayang, saya akan menjaga dia macam mana saya jaga awak sampailah dia menjadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan awak dunia dan akhirat.

“Anak yang selalu dekat dengan Allah, cuma saya mohon awak doakan saya. Perjalanan saya masih jauh, doakan saya selalu kuat. Saya sayang awak,” coretnya di Instagram.

Semalam, Shuib memaklumkan dia akan berjumpa dengan cahaya mata yang keempatnya itu di hospital sementelah beberapa minggu ditahan ke wad kerana kelahiran pra-matang.

Terdahulu, Ayash yang lahir pra-matang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan daripada inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya