Guru KAFA, pegawai masjid dan  jurunikah enggan vaksin akan dikenal pasti - Utusan Malaysia

Guru KAFA, pegawai masjid dan  jurunikah enggan vaksin akan dikenal pasti

ABDUL AZIZ MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan mengenal pasti guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA), pegawai masjid serta jurunikah di negeri itu yang masih enggan mengambil vaksin Covid-19.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, keputusan itu dibuat setelah hanya 203 orang daripada kumpulan pekerja itu sahaja yang hadir mengambil vaksin tersebut ketika program Covid-19 Frontliner JAIS anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

“Kita kecewa dengan tindakan individu-individu ini yang tidak mengambil vaksin walaupun pelbagai usaha yang telah dilakukan JAIS.

“Kita memandang serius perkara ini kerana sejumlah besar individu ini berada di bawah penyelian MAIS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita apabila sebilangan besar individu daripada golongan itu tidak hadir mengambil vaksin Covid-19 yang dianjurkan JAIS dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Justeru itu, baginda akan meneliti senarai nama guru KAFA, pegawai masjid serta jurunikah yang tidak hadir dalam program terbabit sebelum memutuskan tindakan yang diambil terhadap mereka.

Dalam pada itu, Abdul Aziz mengingatkan bahawa tindakan yang dilakukan golongan ini boleh mengakibatkan mereka dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Sultan Selangor.

Ini kerana menurutnya, hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan berdasarkan keputusan yang dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil. 1/2021 yang bersidang pada 9 Februari lalu.

“Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka mengikut lunas undang-undang.

“MAIS juga akan memberikan kerjasama dan bantuan kepada kerajaan negeri untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang telah dilantik kerajaan negeri,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.