Goretzka kekal bersama Bayern hingga 2026 - Utusan Malaysia

Goretzka kekal bersama Bayern hingga 2026

Leon Goretzka membuat keputusan menyambung kontrak sehingga 2026 bersama juara Bundesliga, Bayern Munich.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Leon Goretzka sudah menandatangani kontrak baharu yang menyaksikan dia kekal bersama Bayern Munich sehingga 2026 umum kelab itu.

Tindakan itu hadir selepas dia mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Joshua Kimmich juga memberi komitmen kepada juara Bundesliga itu.

Goretzka akan tamat kontrak pada hujung musim ini tetapi komited menyambung kontraknya selama lima tahun seminggu selepas Kimmich menandatangani kontrak sehingga 2025.

“Kami gembira Joshua Kimmich dan Leon Goretzka masih bersama kami,” kata pengarah sukan, Hasan Salihamidzic.

Sejak menyertai Bayern daripada Schalke tiga tahun lalu, Goretzka, 26, berjaya membentuk gandingan cemerlang bersama Kimmich dan berjaya meraih kejuaraan Bundesliga untuk dua tahun berturut-turut.

Goretzka sudah menjaringkan 25 gol dalam118 penampilan bersama Bayern.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya