Gerakan gesa tindakan atasi diskriminasi pendidikan

Gerakan gesa tindakan atasi diskriminasi pendidikan

DOMINIC LAU HOE CHAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memandang serius masalah diskriminasi dalam pendidikan dan mengambil tindakan untuk mengatasinya dalam sektor pendidikan negara ini.

Beliau berkata, pendidikan adalah hak asasi manusia dan Perkara 12(1) Perlembagaan Persekutuan juga menjamin hak sama rata rakyat dalam peluang menerima pendidikan dan rawatan pendidikan. 

Katanya, oleh kerana itu Gerakan menentang segala bentuk diskriminasi termasuk diskriminasi dalam pendidikan yang harus dikritik hebat.

“Diskriminasi dalam pendidikan adalah diskriminasi yang halus dan tidak mudah diketahui kerana biasanya berlaku di sekolah terutamanya apabila melibatkan pelajar sekolah rendah yang lebih muda. 

“Kedua-dua pelajar yang diskriminasi dan pelajar yang mendiskriminasi orang lain tidak begitu memahami apa itu diskriminasi, maka dalam kes ini, pembetulan guru sangat penting,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Baru-baru ini, satu tinjauan berkenaan diskriminasi dalam pendidikan menunjukkan 50 peratus daripada daripada 2,441 orang pernah mengalami diskriminasi dalam pendidikan.

Hasil tinjauan itu juga menunjukkan bahawa sembilan dari 10 responden India atau 87 peratus mengatakan bahawa mereka menghadapi diskriminasi di sekolah hanya kerana bangsa, diikuti warna kulit (69 peratus) dan agama (65 peratus).

Menurut Dominic Lau, seorang guru yang mendapati tingkah laku yang diskriminatif di sekolah juga harus segera memberikan kritikan yang kuat dan memberitahu pelajar tersebut bahawa ini adalah tingkah laku yang tidak boleh diterima. 

“Pada masa yang sama, guru-guru mesti mendidik para pelajar untuk mengenali keseriusan tingkah laku yang diskriminatif dan membincangkan masalah tersebut dengan ibu bapa mereka,” katanya. 

Tambah beliau, KPM juga perlu memperkenalkan konsep hak asasi manusia ke dalam sistem pendidikan atau menerapkan beberapa strategi dan aktiviti untuk menanamkan konsep pada para pelajar bahawa diskriminasi adalah tingkah laku yang salah. 

Mengulas lanjut mengenai 74 peratus daripada tinjauan itu menunjukkan bahawa guru adalah sumber diskriminasi mereka, beliau mengingatkan para guru supaya memahami bahawa mereka mungkin juga mempunyai sikap diskriminasi dan harus berusaha untuk mengenali dan mengatasi sikap ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya