Faizal Ismail, Krill Rashid bergabung tubuh Hidayat TV - Utusan Malaysia

Faizal Ismail, Krill Rashid bergabung tubuh Hidayat TV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua selebriti terkenal dalam dunia penyiaran, Faizal Ismail dan Krill Rashid menubuhkan Hidayat TV, sebuah saluran media yang akan bersiaran di Facebook dan YouTube bermula 4 September ini.

Menurut perkongsian di laman media sosial, kedua-dua personaliti itu merasakan sudah tiba masanya untuk mereka memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman dalam bidang penyiaran dengan menubuhkan saluran TV berkenaan.

Ini selepas menyedari perlunya sebuah saluran media digital yang memfokus untuk membawa mesej kerohanian dan kebaikan.

Antara program yang dirancang untuk peringkat awal Hidayat TV adalah kisah-kisah pengalaman masyarakat yang melalui cabaran dalam mencari kebaikan dan kerohanian, menyingkap kisah teladan dari sirah Nabi serta wawancara bersama selebriti yang membuat keputusan untuk melakukan perubahan hidup.

Hidayat TV akan beroperasi secara rasmi bermula 4 September ini pada pukul 9:30 malam. 

Siaran pembukaan itu akan diserikan dengan penampilan tetamu selebriti:

1. Ustaz Ahmad Farkhan (Daie)

2. Ustaz Nabil Ahmad

3. Mel Wings

4. Baggio Damasutra

5. Datuk Nash

6. Ijam Medicine

7. Nabil Ahmad 

Untuk permulaan, Hidayat TV hanya bersiaran secara langsung pada setiap Sabtu, pukul 9.30 malam dan akan dikendalikan sendiri oleh Faizal dan Krill.

Bagi Faizal dan Krill, Hidayat TV bukanlah kerjasama pertama mereka.

Sebelum ini, mereka sebagai penyampai radio di Era dan pernah menghasilkan sebuah album bersama sebagai kumpulan duo yang dikenali sebagai Khafi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya