Eksekutif pentadbiran ditipu pelaburan Futurebioption

Eksekutif pentadbiran ditipu pelaburan Futurebioption

MOHD. MAHIDISHAM ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang eksekutif pentadbiran terpaksa berputih mata apabila kerugian RM62,300 apabila ditipu wanita dalam pelaburan tidak wujud, Futurebioption, awal bulan ini. 

Lelaki berusia 25 tahun itu dipercayai berkenalan dengan wanita itu melalui Facebook pada 8 September lalu sebelum ditawarkan peluang pelaburan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, suspek mendakwa keuntungan tersebut menjanjikan keuntungan sehingga 10 hingga 20 peratus dalam tempoh 24 jam.

Katanya, terpedaya dengan tawaran tersebut, mangsa telah bersetuju untuk melabur. 

“Mangsa diberikan pautan dan akses untuk membuat urusan pendaftaran dan transaksi di laman web yang diberikan tersebut.

“Mangsa telah membuat transaksi pertama sebanyak RM 1,000 dan kemudiannya menerima wang pulangan sebanyak 10 peratus yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Mahidisham berkata, suspek telah menggalakkan mangsa untuk membuat pelaburan yang seterusnya dalam jumlah yang besar bagi mendapatkan keuntungan.

Ujarnya, atas arahan suspek, mangsa telah membuat beberapa transaksi ke beberapa akaun bank.

“Setelah memperolehi keuntungan dan bonus yang dijanjikan, mangsa kemudiannya ingin membuat pengeluaran wang keuntungan pelaburan tersebut.

“Namun begitu, mangsa diberitahu perlu melalui pemeriksaan keselamatan kerana melibatkan jumlah wang yang banyak,” ujarnya.

Tambahnya, pengadu tidak berpuas hati dan syaki diri telah ditipu. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN