Dua pengedar ditahan, dadah bernilai RM24,200 dirampas - Utusan Malaysia

Dua pengedar ditahan, dadah bernilai RM24,200 dirampas

SEBAHAGIAN dadah yang dirampas daripada dua lelaki di Guar Chempedak, Yan, Kedah,  semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Polis menahan dua lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah sintetik jenis syabu serta heroin bernilai RM24,200 di Guar Chempedak, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Taufik Maidin berkata, kedua-dua suspek berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai dobi di Jalan Raya Guar di sini pada pukul 10.15 pagi.

“Mereka disyaki sedang menunggu pelanggan dan hasil pemeriksaan menemukan satu peket lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 0.66 gram di dalam poket seluar salah seorang daripada suspek.

“Susulan soal siasat suspek kemudian membawa pasukan serbuan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ,IPK Kedah ke sebuah rumah di Kampung Baru, Lorong Kilang Papan, Guar Cempedak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, hasil pemeriksaan pihaknya menemukan empat bungkusan plastik lutsinar berisi bahan ketulan dipercayai dadah jenis heroin anggaran berat 1,647 gram yang disimpan di dalam bekas besi diatas rak kayu di hadapan rumah itu.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah jenis syabu dan heroin itu sebanyak RM24,200 dan kita percaya dadah yang dirampas itu untuk edaran di sekitar daerah ini,”katanya.

Menurutnya, pemeriksaan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan semakan rekod kemudian mendapati dua suspek turut mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan dadah.

“Polis turut menyita sebuah kereta Toyota Vios milik salah seorang suspek yang berharga RM19,000 dan seutas rantai bernilai RM2,550.

“Kedua-dua suspek kini dalam tahanan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya