Dr. Suzanna kebanggaan Keluarga Malaysia - Utusan Malaysia

Dr. Suzanna kebanggaan Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengiktirafan Komander Maritim, Dr. Suzanna Razali Chan sebagai ikon wanita dunia dalam bidang carilamat oleh Persekutuan Penyelamat Maritim Antarabangsa  (IMRF) menjadi kebanggaan seluruh Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, malah pencapaian itu menjadi sumber inspirasi dan semangat bagi semua pihak dalam menjaga keselamatan rakyat serta kedaulatan negara.

“Tahniah saya ucapkan kepada salah seorang warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Komander (M) Dr. Suzanna Razali Chan yang diiktiraf sebagai ikon wanita dunia dalam bidang carilamat oleh IMRF.

“Dr. Suzanna yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia adalah wanita pertama dari rantau Asia Tenggara yang dipilih menerima anugerah yang amat berprestij ini,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memaklumkan, Suzanna, 40, dianugerahkan IMRF Awards 2021 setelah berjaya menarik perhatian IMRF menerusi pencapaian dan prestasinya di dalam dan luar negara serta tersenarai dalam finalis tempat kedua bagi kategori ‘Women in SAR’.

Menerusi IMRF Awards 2021, Suzanna diangkat sebagai ikon bagi kategori itu berdasarkan komitmen, kelayakan dan kepakarannya dalam bidang SAR malah, beliau juga adalah wanita pertama di rantau Asia Tenggara memenangi anugerah tersebut.

Menurut kenyataan itu, Suzanna pernah membuat pembentangan mengenai ‘Women in SAR’ di Kongres Penyelamat Maritim Dunia pada 2019 dan dijemput sebagai panel pembentang dalam bidang yang sama sempena Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac lalu.

Selain itu, beliau adalah  jurulatih bidang Carilamat Maritim sejak 2011 dan pernah menerima sijil kepujian atas pembentangan terbaik semasa berkursus di Jepun pada 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya