Diperas ugut  selepas pulang dari PPV  - Utusan Malaysia

Diperas ugut  selepas pulang dari PPV 

PASANGAN warga asing bersama wakil MHO selepas dibebaskan daripada tahanan polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa siasatan dibuat selepas menerima aduan pemerasan yang didakwa membabitkan anggota polis terhadap pasangan warga asing.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, berdasarkan aduan yang diterima, pasangan tersebut ditahan sebaik  sahaja selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV).

Bagaimanapun, katanya, pasangan tersebut mendakwa ditahan polis ekoran menggunakan pasport yang tamat tempoh.

“Disebabkan pengumuman pihak  berkuasa memaklumkan setiap warga asing mendapatkan vaksinasi tidak akan ditangkap,  maka pasangan tersebut pergi ke PPV bagi mendapatkan suntikan.

 “Malangnya penjelasan tersebut  tidak diendahkan. Malah pasangan itu  telah dibawa ke balai polis  bagi tujuan  menunggu majikan atau sesiapa yang ingin datang membebaskan mereka perlu membuat bayaran sejumlah wang yang telah diminta dari mereka berdua,” dakwanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Hishamuddin, wakil MHO hadir ke balai polis tersebut bagi membantu pasangan berkenaan dilepaskan.

“Saya memohon satu penyiasatan menyeluruh berhubung insiden ini  dilaksanakan secepat  mungkin. Mangsa berasa trauma dan tidak selamat serta kecewa kerana kempen dan jaminan kerajaan dalam mengalakkan mereka mengambil vaksin menjadi sia-sia.

“ Ini akan membuat program vaksinasi menyeluruh di Sabah akan lambat dicapai kerana isu tangkapan ketika pergi atau kembali dari pusat vaksinasi menjadi igauan ngeri mereka,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN