PONTIAN: Filem Bukit Kepong arahan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin sering diulang ta-yang menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada setiap tahun, namun, tidak ramai yang tahu di sebalik tabir pembikinan filem yang menceritakan kekejaman komunis itu. Memandangkan ia adalah kisah benar serangan 180 pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, Jins inginkan pembinaan balai polis yang musnah dibina semula sebelum penggambaran dijalankan. Salah seorang yang terlibat…










