Daniel Mananta hidap ketumbuhan pita suara - Utusan Malaysia

Daniel Mananta hidap ketumbuhan pita suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pengacara popular, Daniel Mananta mendedahkan dirinya sebelum ini menghidap ketumbuhan di bahagian pita suara atau nodul.

Lapor portal Liputan6, Daniel, 40, membuat pendedahan mengejutkan itu ketika hadir sebagai tetamu di saluran Youtube Ngobrol Asix kelolaan pemuzik, Anang Hermansyah.

Katanya, dia segera membuat pemeriksaan kesihatan setelah gejala yang dialaminya berlarutan selama dua bulan.

“Ketika itu saya kehilangan suara, dua bulan lamanya. Hanya serak sahaja.

“Akhirnya, saya membuat keputusan untuk merujuk masalah ini ke bahagian tekak, hidung dan telinga,” katanya.

Menurut Daniel lagi, dia disarankan untuk melakukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut bagi mengelakkan keadaan kesihatannya terjejas lebih teruk.

“Saya bersetuju. Pada masa yang sama, doktor juga telah membuang tonsil saya.

“Sebelum dibedah, saya ada bertanya kepada doktor berapa lama masa yang diambil untuk suara saya pulih semula. Ini kerana, dalam tempoh tiga minggu selepas operasi itu saya perlu pulih untuk bekerja.

“Selama tiga minggu saya hanya berdiam. Langsung tidak bercakap,” jelasnya.

Namun, pengacara berketinggian 180 sentimeter ini tidak menyangka bahawa suaranya memerlukan masa lebih lama untuk pulih.

“Selepas tiga minggu, suara saya masih belum kembali. Saya bukan sahaja kehilangan suara, malah identiti sebagai pengacara terkenal.

“Siapa diri saya, kalau bukan lagi pengacara terkenal?” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya