PETALING JAYA : Sidang akhbar bersama akan diadakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim dalam masa terdekat.
Difahamkan, sidang media akhbar itu bagi mengulas mengenai siasatan tangkapan seorang pegawai kanan SPRM yang ditahan Isnin lalu kerana memiliki dadah serta senjata api dan peluru.
Selain itu, suspek berkenaan adalah seorang daripada tiga pegawai SPRM yang disiasat kerana terlibat curi barang kes bernilai RM25 juta (USD6 juta).
Terdahulu, PDRM dalam satu kenyataan malam tadi mengesahkan dua kertas siasatan telah dibuka mengikut Akta Senjata 1960 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan dalam sidang akhbar hari ini menjelaskan, siasatan melibatkan curi barang kes itu telah pun dibuat oleh SPRM. -UTUSAN ONLINE