PETALING JAYA : Buat julung kalinya kes harian Covid-19 turun kepada 10,959 kes setelah berbulan-bulan kes setiap hari mencecah antara 13,000 hingga 15,000.
Malah Selangor mencatatkan kes di bawah 1,000 dengan hari ini direkodkan 979 kes manakala Kuala Lumpur pula merekodkan 176 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merupakan negeri tertinggi Covid-19 iaitu 2,723 kes dan diikuti Johor (1,226).
Berikut pecahan setiap negeri:
Selangor – 979
Sarawak – 2,723
Sabah – 751
Johor – 1,226
Kuala Lumpur – 176
Kedah – 660
Pulau Pinang – 793
Kelantan – 983
Perak – 713
Negeri Sembilan – 110
Pahang – 739
Melaka – 346
Terengganu – 691
Labuan – 0
Putrajaya – 18
Perlis – 51
-UTUSAN ONLINE