Baru seminggu lengkap vaksin, 2 kampung Orang Asli di Pahang kena PKPD - Utusan Malaysia

Baru seminggu lengkap vaksin, 2 kampung Orang Asli di Pahang kena PKPD

PENDUDUK masyarakat Orang Asli di Pos Titom antara yang sudah lengkap menerima vaksin tunggal Cansino di Pahang pada minggu lalu.. -MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua buah lagi perkampungan masyarakat Orang Asli di Daerah Lipis, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serentak mulai Ahad ini iaitu Pos Lenjang dan Pos Titom dalam Mukim Ulu Jelai.

Dua perkampungan etnik Semai itu baru sahaja seminggu lalu sudah pun menjalani proses vaksinasi dos tunggal Cansino menerusi Program Outreach melibatkan hampir 1,000 orang.

Penularan wabak itu dipercayai daripada kampung berjirannya, Pos Sinderut yang terlibat dengan Kluster Komuniti Kampung Dusun Pak Senam dan dilaksanakan PKPD awal bulan ini.

Setakat ini, sejumlah 55 perkampungan masyarakat Orang Asli di Pahang merekodkan kes Covid-19 dengan 21 individu maut daripada keseluruhan 2,654 kes yang melibatkan mereka.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara  Datuk Rodzi Md. Saab berkata, turut dikenakan PKPD di negeri tersebut mulai 26 September ini sehingga 9 Oktober depan ialah kawasan Rumah Pangsa Jalan Karak, Mentakab, Daerah Temerloh.

Di Sabah, tiga lokaliti terbabit PKPD iaitu Base Camp Bornion Timber Sdn. Bhd., Batu 46, Tulid, Sook, di Daerah Keningau serta Kampung Tinongian dan Karagasan di Daerah Ranau.

Dalam pada itu, PKPD di Pos Sinderut, di Lipis, Pahang mengandungi 13 perkampungan Orang Asli dari suku kaum Semai yang sepatutnya tamat esok, namun dilanjutkan 14 hari lagi termasuk perkampungan Orang Asli etnik Jahut iaitu Kampung Pasu dan Kampung Penderas, Kuala Krau, Daerah Temerloh.

Bagaimanapun ujar beliau, satu lagi lokaliti di negeri berkenaan pula akan berakhir PKPD seperti yang dijadualkan pada esok iaitu skim Felda Keratong 5 terletak dalam Daerah Rompin; selain di Kampung Ulu Groh, Kampar, Perak manakala di Sabah melibatkan Kampung Kompungit, Kota Kinabalu yang sudah dikenakan sekatan itu sejak 12 September. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya