Barca teruskan 'hidup' tanpa Messi dengan kekalahan - Utusan Malaysia

Barca teruskan ‘hidup’ tanpa Messi dengan kekalahan

ROBERT Lewandowski meledak gol buat Bayern Munich ketika menentang Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara di Camp Nou, Barcelona hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Kain rentang ‘Koeman Out’ terpampang di Camp Nou selepas Barcelona dimalukan dengan kekalahan besar 0-3 kepada Bayern Munich pada saingan Liga Juara-Juara hari ini.

Anak-anak buah Ronald Koeman tenggelam dengan kehebatan Bayern, malah terpaksa bertahan dalam sebahagian besar permainan tanpa melakukan ancamana ke kubu lawan.

Jika Barcelona terus mempamer aksi buruk seperti itu dalam baki saingan, Liga Europa mungkin menggamit mereka kerana dua lagi lawan yang perlu ditentang dalam Kumpulan E juga tidak mudah, Benfica dan Dynamo Kiev.

ROBERT Lewandowski meledak dua gol ketika membantu Bayern Munich membenam Barcelona 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara di Camp Nou.

Barcelona tewas 2-8 kepada Bayern dua tahun lalu, dan keadaan menjadi bertambah buruk selepas mereka membenarkan Luis Suarez, Lionel Messi dan Antoine Griezmann meninggalkan kelab.

Koeman menurunkan skuad lemah dalam perlawanan itu, malah terpaksa menggunakan pemain berusia 17 tahun, Gavi serta pemain remaja 18 tahun, Yusuf Demir untuk menggalas cabaran.

Dua jaringan Robert Lewandowski pada babak kedua dan satu gol menerusi Thomas Mueller di separuh masa pertama membolehkan Bayern pulang ke Jerman dengan tiga mata berharga.

“Inilah kami sekarang. Kami berada di tempat yang sepatutnya, itulah realiti,” kata pertahanan Barcelona, Gerard Pique. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya