Bantuan RM1.5 bilion disalurkan kepada 11 kategori penerima yang layak

Bantuan RM1.5 bilion disalurkan kepada 11 kategori penerima yang layak – Rina

RINA Mohd. Harun (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima Selvaraju Kanniappen pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Bakul Prihatin Negara di Taman Teluk Merbau, Sungai Pelek, Sepang, Selangor. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyalurkan bantuan berjumlah RM1.5 bilion setakat Julai lalu kepada 11 kategori penerima yang layak melibatkan kanak-kanak, warga emas, elaun pekerja orang kurang upaya (OKU), bantuan penjagaan OKU terlantar dan bantuan anak pelihara.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, ia juga membabitkan kategori penerima tabung bantuan segera, bantuan alat sokongan, bantuan am, bantuan latihan perantis dan geran pelancaran.

Beliau berkata, Sabah merupakan negeri tertinggi menerima peruntukan bantuan dalam tempoh itu dengan sebanyak RM174 juta disalurkan melibatkan 63,641 orang penerima. 

Menurutnya, permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Bantuan Jabatan Kebajikan di laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my.

Katanya, permohonan boleh terus diproses dan dokumen dikemukakan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. 

“Ini bagi mengurangkan kehadiran pemohon ke pejabat JKM daerah dan membolehkan permohonan bantuan dibuat walaupun pejabatnya di kawasan zon merah atau kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditutup,” katanya dalam sidang akhbar selepas Penyampaian Penerima Bantuan Prihatin Negara di sekitar Sungai Pelek, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, ia juga bagi mempermudahkan kaedah siasatan permohonan bantuan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan secara temu bual melalui talian telefon dan berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon.

“Maklumat tambahan boleh diminta melalui e-mel, WhatsApp atau menghantar maklumat yang diperlukan di dropbox yang disediakan pejabat. 

“Manakala siasatan bersemuka boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian dan bergantung kepada arahan Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa,” katanya. 

Jelasnya lagi, bagi penerima bantuan bulanan sedia ada tidak perlu menghantar borang kaji semula dan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) untuk siasatan lanjutan.

“la bagi mempermudahkan proses kaji semula dilaksanakan. Pegawai kes akan menggunakan borang kaji semula kelulusan terdahulu bagi melanjutkan bantuan. 

“Penamatan kes hanya dilakukan sekiranya terdapat maklumat yang sahih seperti meninggal dunia, kes berpindah keluar daerah dan perubahan yang tidak lagi menepati syarat kelayakan menerima bantuan JKM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya