Autonomi pendidikan berjaya di negara maju - Utusan Malaysia

Autonomi pendidikan berjaya di negara maju

ANUAR AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sistem autonomi pendidikan telah berjaya mengangkat prestasi kecemerlangan pelajar dan murid apabila kaedah tersebut berjaya dilaksanakan di beberapa negara maju termasuk di Eropah.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, autonomi bermaksud memberi kebebasan kepada pihak sekolah bagi menentukan kaedah dan inovasi pengajaran silibus pendidikan.

Justeru kata beliau, kaedah itu tidak bermaksud memberikan autonomi sepenuhnya  kepada pihak sekolah dalam aspek pengurusan sebaliknya hanya membabitkan aspek pengajaran.

“Hal ini kerana sekolah dan guru lebih tahu berhubung tahap prestasi pelajar dan murid masing-masing. Oleh demikian mereka lebih layak menentukan kaedah pengajaran di dalam kelas.

“Autonomi terbukti berjaya di negara-negara maju dah Eropah apabila meningkatkan kualiti dan keberkesanan serta inovasi. Paling penting menjadikan sistem pendidikan dapat memahami keperluan pelajar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas penggulungan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin di Dewan Rakyat baru-baru ini yang tidak bersetuju terhadap pandangan Ahli Parlimen Simpang Renggam, yang juga bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik terhadap autonomi pendidikan.

Dalam pada itu, Anuar menyifatkan kenyataan Radzi tersebut bertentangan dengan konsep Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PdPR) yang telah memberi kebebasan kepada guru di dalam kaedah pengajaran sepanjang pandemik Covid-19 melanda.

“Kalau PdPR boleh, mengapa autonomi pendidikan tidak boleh,” soalnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya