Angkasa sumbang 1,000 pek makanan untuk petugas barisan hadapan -

Angkasa sumbang 1,000 pek makanan untuk petugas barisan hadapan

ABDUL Fattah Abdullah (baju merah) melihat petugas PPUM mengendalikan proses pemberian vaksin ketika memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan di PPUM, Petaling Jaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyumbangkanb 1,000 pek makanan ringan dan kit keseihatan kepada petugas barisan hadaoan.

Ia sebagai tanda sokongan kepada golongan itu yang komited untuk terus menyokong sistem kesihatan Negara melalui pelbagai platform bantuan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 yang telah memberi impak ekonomi dan sosial.

Sumbangan itu diberikan kepada petugas terbabit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Angkasa hari ini melalui Coop Farmasi Angkasa yang bernilai anggaran RM7,000.

Sumbangan diserahkan oleh Presiden Angkasa merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Abdul Fattah Abdullah kepada Timbalan Pengarah Ikhtisas, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Chew Yee Yean

Abdul Fattah berkata, Angkasa amat menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan sukarelawan kerana bertungkus lumus bekerja tanpa mengira masa bagi memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Katanya, peranan rakyat Malaysia mendapatkan vaksin demi mencapai matlamat untuk mendapatkan keimunan
kelompok juga merupakan satu usaha patriotik yang menggambarkan semangat kerjasama demi keluarga, bangsa dan negara.

“Berkat usaha semua pihak, trend jangkitan dan kemasukan ke hospital di Lembah Klang menunjukkan penurunan beberapa hari ini. Angkasa ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kerana dengan usaha dan komitmen tinggi petugas barisan hadapan negara, angka ini dijangka akan terus berkurang sepertimana yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menjangkakan
Malaysia bakal memasuki fasa endemik COVID-19 pada penghujung Oktober ini.

“Sebagai badan induk yang mewakili gerakan koperasi negara di peringkat nasional dan antarabangsa, Angkasa menyambut baik berita ini dan akan menyokong segala usaha kerajaan dalam usaha pemulihan negara daripada wabak COVID-19.

“Ini akan membolehkan koperasi menggerakkan sektor perniagaan bagi menjamin kesejahteraan sosioekonomi anggotanya dan memberi manfaat secara menyeluruh kepada rakyat di negara ini,” katanya

Menurutnya bagi menyokong sektor kesihatan negara dan merancakkan industri farmasi, Angkasa menerusi rangkaian Coop Farmasi di bawah projek perniagaan Pharma Wellness menyediakan ruang dan peluang kepada koperasi yang berminat dan berpotensi untuk membuka cawangan Coop farmasi. Sehingga kini terdapat lapan cawangan Coop Farmasi yang telah dibuka di seluruh negara termasuklah di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang dan Kedah.

Katanya, dalam jangka masa dua tahun ANGKASA menyasarkan untuk membuka 16 buah Coop Farmasi di  seluruh negara.

Menariknya kata Abdul Fattah, Coop Farmasi turut menyediakan pemborongan barang kesihatan kepada koperasi, perkhidmatan konsultasi, pembelian secara dalam talian serta menawarkan potongan harga sebanyak 10 peratus diskaun kepada mereka yang mendaftar menjadi ahli dan tambahan sebanyak lima peratus untuk ahli koperasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.