PETALING JAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan (Angkasa) menyarankan dan memohon supaya Kementerian Pengajian Tinggi mempertimbangkan silibus keusahawan koperasi dapat dijadikan subjek teras mahupun elektif atau sekurang – kurangnya satu topik dalam modul keusahawanan di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Presiden Angkasa yang juga Presiden ASEAN CO-operative Organization (ACO), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ilmu keusahawanan koperasi amat penting diterapkan ke dalam diri para siswazah kerana melalui platform koperasi mereka mendapat…










