Ancaman Pengganas: Keselamatan negara terkawal - Utusan Malaysia

Ancaman Pengganas: Keselamatan negara terkawal

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini dijamin terkawal tanpa sebarang ancaman pengganas.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengesan atau menerima sebarang maklumat mengenai apa-apa bentuk ancaman keselamatan.

Justeru, kata beliau, orang ramai diminta supaya tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM memastikan negara kekal berada pada tahap selamat.

“Pemantauan juga ditingkatkan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“PDRM sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keharmonian negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari.

Terdahulu, Kedutaan Jepun di Malaysia dipercayai mengeluarkan amaran kepada rakyatnya mengenai kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara Asia Tenggara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN