Akibat ziarah keluarga sakit, 2 tanah Felda di Pahang kena PKPD

Akibat ziarah keluarga sakit, 2 tanah Felda di Pahang kena PKPD

RODZI MD. SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua skim tanah rancangan persekutuan di Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara serentak selama 14 hari mulai Jumaat ini melibatkan  antara kawasan Felda Keratong 8 di Muadzam Shah dalam Daerah Rompin.

Ia susulan seorang peneroka tempatan meninggal dunia di rumah dan positif Covid-19 pada 1 September kemudian diziarahi keluarga yang mencetuskan kluster komuniti meliputi 20 kes.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut dilaksanakan PKPD ialah Felda Sungai Tekam, Daerah Jerantut yang juga akibat kluster komuniti daripada seorang penduduk ziarah pesakit Covid-19 di Lembah Klang pada 30 Julai.

Dia yang bergejala kemudian balik semula ke kampung di skim tanah tersebut bagi melawat pula kematian ahli keluarga yang seterusnya menjangkiti 21 anggota saudara lain bulan lepas.

Juga dikenakan PKPD dalam daerah sama ujarnya, ialah dua perkampungan masyarakat Orang Asli dari kalangan suku kaum Bateq di Kampung Sungai Kiol dan Kampung Tekek, selain Kampung Batu 1, Daerah Temerloh, manakala di Sabah pula ialah Kampung Ulu dan Kampung Pasir Putih, Daerah Putatan.

Dalam pada itu tambah Rodzi, empat lokaliti di tiga negeri disambung PKPD sehingga 23 September depan melibatkan Kampung Pengalat Kecil, Papar dan Kampung Lohan Ulu, Ranau di Sabah; Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah, Johor serta kuarters pekerja Sri Datai Mining Sdn. Bhd., Mukah, Sarawak.

“Bagaimanapun, 12 lokaliti lagi berakhir PKPD pada esok antaranya Kampung Orang Asli Seletar Kuala Masai, Pasir Gudang, Johor dan Ladang Cheekah, Daerah Bera, Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selebihnya terletak di Sabah iaitu, Kampung Landung Ayang, Kudat; Rancangan Batu 22 Apas, Kampung Bergosong dan PPR Taman Sri Apas Batu 8, Tawau; Kampung Libang, Ranau; Beverly Hills Fasa 5 dan Kampung Nambazan, Penampang; serta Kampung Gading, Kampung Ulu Sapi dan Ladang Melia, Telupid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.