Agong zahir terima kasih sumbangan vaksin pelbagai negara - Utusan Malaysia

Agong zahir terima kasih sumbangan vaksin pelbagai negara

Sumbangan vaksin dari pelbagai negara membolehkan lebih ramai rakyat divaksin. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan terima kasih kepada pelbagai negara atas sumbangan vaksin Covid-19 kepada Malaysia.

Titah Seri Paduka, Malaysia menerima sumbangan itu daripada United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Arab Saudi, China, Emiriah Arab Bersatu.

“Beta turut menyokong peranan aktif Malaysia serta pendekatan pragmatik yang diambil oleh kerajaan dalam bidang diplomasi yang akhirnya meningkatkan imej dan reputasi negara di persada antarabangsa.

“Ini dapat dilihat menerusi pelbagai bantuan vaksin yang diterima daripada negara-negara lain,” titah Seri Paduka dalam Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14 2021 hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN