PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak semua ahli Parlimen memberi tepukan kepada semua petugas barisan hadapan dan para atlet negara sebagai menghargai usaha mereka kepada negara.

Seri Paduka merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan khususnya anggota perkhidmatan awam yang menjaga negara setiap masa daripada penularan virus Covid-19.
Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan ucapan tahniah kepada para atlet termasuk atlet para yang mengharumkan nama negara dalam Sukan Olimpik 2020. – UTUSAN ONLINE