95,000 pelajar menengah di Terengganu layak divaksin

95,000 pelajar menengah di Terengganu layak divaksin

KASEMANI Embong (kiri) beramah mesra dengan penerima vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM) di Marang, Terengganu, hari ini. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seramai 95,000 pelajar sekolah menengah di negeri ini layak menerima vaksinasi Covid-19 sebagai persediaan menjelang pembukaan sesi persekolahan tidak lama lagi.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, inisiatif itu sedia digerakkan kepada golongan sasar sebaik sahaja pihaknya menerima garis panduan pelaksanaan.

Apabila kita mendapat garis panduan pelaksanaannya, insya-Allah, program vaksinasi akan dimulakan kerana kita mempunyai kemampuan dari segi kapasiti, lokasi dan sumber manusia, bagaimanapun ia bergantung kepada bekalan vaksin.

“Kita berusaha agar kesemua kumpulan pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun itu dapat divaksin,” katanya dalam sidang akhbar selepas memantau perjalanan program vaksinasi Covid-19 secara walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM), di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, remaja berusia 18 tahun ke bawah bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 pada minggu depan bermula dengan di Sarawak.

Dalam pada itu, Kasemani berkata, pihaknya kini giat meningkatkan jumlah penerima vaksin Covid-19 terutama di daerah Dungun yang masih rendah dengan membuka PPV integrasi di samping meneruskan program outreach secara berkala.

Katanya, inisiatif itu sedikit sebanyak membuahkan hasil termasuk menerusi program Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movac) yang dianjurkan setiap hari, selama dua minggu.

Dalam pada itu, Kasemani menyeru rakyat negeri ini yang masih belum menerima vaksin Covid-19 agar berkunjung ke mana-mana PPV secara walk-in. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya