Seramai 8,269 pelajar sekolah dijangkiti virus Covid-19

[Parlimen]: 8,269 pelajar sekolah dijangkiti Covid-19

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 8,269 pelajar sekolah dijangkiti Covid-19 dimana ia membabitkan 4,086 murid sekolah rendah dan 4,173 pelajar sekolah menengah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, jumlah itu dicatat sepanjang sesi persekolahan bermula 20 Januari hingga 7 Mei lalu.

“Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa membuat perancangan teliti bagi memastikan pengoperasian sekolah secara bersemuka berjalan dengan teratur dan selamat,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PEJUANG-Jerlun) meminta kerajaan menyatakan jumlah kes Covid-19 membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Bagi peperiksaan bertulis Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021, Radzi berkata ia akan dilaksanakan pada Mac tahun hadapan.

Sementara, semester 2 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 pula, akan dilaksanakan pada 25 hingga 28 Oktober ini.

“Pengurusan pengendalian peperiksaan SPM, STAM dan STPM 2021 adalah berpandukan kepada Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 dikeluarkan oleh KPM.

“Garis panduan ini adalah rujukan kepada pegawai bahagian di KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD), pentadbir serta guru di sekolah, ibu bapa dan pihak yang terbabit mengenai pengoperasian sekolah termasuk pengurusan pengendalian peperiksaan awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya