80 peratus golongan dewasa lengkap 2 dos - Utusan Malaysia

80 peratus golongan dewasa lengkap 2 dos

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 80 peratus golongan dewasa di Malaysia lengkap menerima suntikan dua dos vaksin Covid-19.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi laman Twitter rasmi beliau.

“Tahniah! Malaysia mencapai 80% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi.

“Teruskan usaha kita perangi Covid-19,” katanya ringkas menerusi ciapan itu.

Walaupun jumlah kes penularan wabak Covid-19 yang direkodkan masih lima angka, rata-rata pesakit Covid-19 kini hanya berada dalam kategori satu dan dua.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan secara rasmi dengan menyasarkan pembabitan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Beliau berkata, pelaksanaan PICK Remaja dilakukan melalui beberapa kaedah antaranya secara jangkau luar ke sekolah atau institusi secara berjadual, suntikan di klinik kesihatan dan hospital serta kaedah jumpa terus (walk-in) di pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di seluruh negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN