79,467 remaja Melaka selesai vaksinasi hujung Oktober  - Utusan Malaysia

79,467 remaja Melaka selesai vaksinasi hujung Oktober 

RAHMAD Mariman menjawab pertanyaan pemberita selepas melawat PPV Dewan Tun Ali di Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Program vaksinasi melibatkan 79,467 remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun di Melaka dijangka selesai pada 24 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, pemberian vaksin kepada kanak-kanak dan remaja telah bermula semalam di 10 pusat pemberian vaksin (PPV) awam.

Menurut beliau, antara PPV yang terlibat adalah Dewan Tun Ali, Dewan Hang Tuah, Kompleks Sukan Masjid Tanah dan Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah.

“Beberapa klinik swasta akan dilantik untuk dijadikan PPV dalam masa terdekat. Saya juga memohon kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi supaya tidak menutup mana-mana PPV sehingga semua remaja divaksin.

“Vaksin jenis Pfizer akan diberikan kepada 27,779 remaja berumur 16 dan 17 tahun terlebih dahulu. Dalam tempoh dua hari, sebanyak 6,600 remaja selesai menerima dos pertama,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPV Dewan Tun Ali di Bukit Katil di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya