7,751 pelajar tingkatan lima, empat di Perlis terima vaksin minggu depan

7,751 pelajar tingkatan lima, empat di Perlis terima vaksin minggu depan

SYED SIRAJUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seramai 7,751 pelajar tingkatan empat dan lima di negeri ini akan menerima suntikan vaksin Covid-19 bermula Isnin hingga Sabtu minggu depan. 

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim berkata, seramai 3,655 pelajar tingkatan lima akan menerima suntikan tersebut pada 20, 21 dan 22 September, manakala 4,096 pelajar tingkatan empat pula menerima suntikan bermula 22 hingga 25 September.

Katanya, program tersebut dijalankan mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis mengikut senarai sekolah menengah di sini. 

“Janji temu akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera atau makluman oleh pihak sekolah. Buat masa ini, hanya pelajar yang bersekolah di Perlis sahaja yang akan diterima bagi tujuan suntikan. 

“Hanya vaksin jenis Pfizer akan diberikan untuk pelajar tingkatan empat dan lima selaras dengan kebenaran yang diberikan oleh Bahagian Regulatori Farmaseutikal Negara (NPRA) setakat ini. Tiada pilihan untuk jenis vaksin yang lain,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, pelajar-pelajar tersebut akan menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Wawasan 2020, Dewan Seri Melati dan Dewan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Kubang Gajah.

Dalam pada itu, katanya, ibu bapa perlu menandatangani borang kebenaran dan hadir bersama pelajar ke PPV kerana borang kebenaran hanya boleh diisi oleh ibu bapa atau penjaga yang sah di sisi undang-undang.

“Jika ibu bapa atau penjaga tidak boleh hadir ke PPV, mereka perlu menyediakan surat perwakilan atas nama seseorang yang akan mengiringi pelajar tersebut. Namun borang kebenaran hanya boleh ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga tersebut. 

“Bawa pelajar mengikut masa dan hari yang telah ditetapkan oleh JPN. Jika ada masalah untuk hadir pada hari dan masa yang telah ditetapkan, sila berhubung dengan pihak sekolah ataupun JPN sendiri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Malaysia sedia ‘perangkap’ Pakistan Oleh ROZAIDI ZULKIFLI [email protected] IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan, kita berkali lebih baik daripada Pakistan yang berlatih dalam tempoh singkat berbanding kita yang bermula 19 Mac lalu dan bagi saya untuk mencatat kemenangan menentang Pakistan sebenarnya bukan satu masalah. “Paling penting pemain sendiri kena bermain dengan penuh keyakinan dan mengikut segala taktikal yang direncana oleh barisan jurulatih pada aksi esok (hari ini),” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Untuk rekod, pertemuan terakhir Speedy Tigers menentang Pakistan di pentas PSAS 2022 adalah pada November 2022 yang berakhir dengan keputusan 1-1 dan edisi ke-29 itu juga menyaksikan Malaysia muncul juara buat kali pertama selepas 39 tahun di kejohanan berkenaan. Ketika ditanya mengenai keharmonian dalam pasukan, Azrul menyifatkan semuanya tampak baik antara pemain junior mahupun senior. “Saya lihat apabila ke mana-mana semua sekali, dan tiada jurang besar antara pemain senior dan junior. “Keharmonian pasukan semua baik dan semua sudah bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan esok (hari ini,” jelasnya. Selepas menentang Pakistan, skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 dunia akan menentang Kanada (5 Mei), juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei).

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya