Seramai 462,586 terima vaksin Covid-19 menerusi Movak

462,586 terima vaksin Covid-19 menerusi Movak

HALIMAH Mohamed Sadique (kanan) menunjukkan barangan makanan yang diagihkan kepada penduduk masyarakat India dalam kalangan golongan isi rumah B40 menerusi program agihan kotak makanan MITRA 2021 di Dewan Komuniti, Ladang Tanah Merah, Chuah, Port Dickson, hari ini. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seramai 462,586 orang individu di negara ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) setakat 31 Ogos lalu. 

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 281,938 individu diberikan suntikan dos pertama manakala selebihnya adalah dos kedua yang melibatkan penggunaan sebanyak 25 buah bas telah di ubah suai.

“Tentunya program ini menyokong apa yang sedang dilaksanakan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Kami juga menerima kerjasama kerajaan negeri yang membantu membuat semakan penerima vaksin melalui MySejahtera. 

“Ia sangat bagus kerana kita memasuki kampung orang Asli dan kawasan pinggir bandar. Rata-rata program ini akan terus dilaksanakan dan akan ditamatkan iaitu sehingga pandemik Covid-19 ini selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program agihan kotak makanan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di Dewan Komuniti Ladang Tanah Merah, Chuah, dekat sini hari ini.

Sebanyak 150 kotak makanan diagihkan kepada komuniti masyarakat India termasuk di Ladang Bukit Pelandok, Chuah, di sini.

Sementara itu, Halimah berkata, Kementerian Perpaduan Negara telah menyusun program yang akan diberikan keutamaan dan perlu dicapai dalam tempoh 100 hari pembentukan Kabinet baharu, yang dinamakan sebagai KPI 100.

“KPI 100 memfokuskan kepada program ‘touch point’ yang dapat memberi impak secara terus kepada masyarakat, di samping menggerakkan program pengukuhan perpaduan rakyat.

“Kami memfokuskan kepada perancangan dan pemantapan ejen-ejen perpaduan melalui penggubalan dasar dan pelan tindakan. Sekarang tiba masa ke fasa pelaksanaan melalui program turun padang bertemu rakyat dan pastikan ejen-ejen perpaduan diperkukuhkan supaya dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan,” katanya.

Tambah beliau, program bantuan kepada masyarakat India B40 juga merupakan salah satu fokus di bawah KPI 100 di samping program-program lain yang melibatkan gerak kerja ejen perpaduan termasuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skuad Unity. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.