45 individu ditahan terlibat aktiviti dadah dalam ladang kelapa sawit

45 individu ditahan terlibat aktiviti dadah dalam ladang kelapa sawit

SERAMAI 45 individu ditahan selepas terlibat dalam aktiviti dadah di ladang kelapa sawit di Pasir Panjang, Port Dickson, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Aktiviti 45 orang lelaki yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di dalam ladang kelapa sawit di kawasan Pasir Panjang di sini terbongkar selepas kesemua mereka ditahan polis semalam. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua suspek lelaki berusia antara 21 hingga 70 tahun itu ditahan semasa penugasan Op Sarang bermula pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

“Tangkapan dibuat kerana individu terbabit didapati terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Hasil serbuan pihak polis telah berjaya merampas 52 paket lut sinar mengandungi dadah berbahaya disyaki heroin, tiga tiub straw pendek di dalamnya mengandungi 0.65 gram dadah dipercayai heroin dan 14 paket lut sinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat 11.55 gram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, pemeriksaan air kencing mendapati 44 suspek positif syabu manakala seorang lagi positif syabu.

Tambah beliau, pihak polis berharap masyarakat dapat menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah secara berterusan sebagai pencegahan awal dalam membanteras musuh utama negara.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Sek 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dab Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN