3,000 staf HRPZ II jadi wira perangi pandemik Covid-19

3,000 staf HRPZ II jadi wira Covid-19

DR. SELASAWATI Ghazali menerima sumbangan kopi daripada Zulkarnain Hamid di HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSLZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hampir 3,000 petugas Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini terlibat secara langsung membantu pesakit Covid-19 dan mereka masih bertungkus-lumus berdepan pandemik itu sejak tahun lalu hingga kini.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Selasawati Ghazali berkata, bilangan tersebut menunjukkan lebih separuh daripada keseluruhan 4,000 kakitangan di hospital itu ditugaskan menangani kes berkaitan Covid-19.

Mereka semua kata beliau, disifatkan berjiwa kental kerana terus bertahan membantu pesakit Covid-19 biarpun penularan virus pandemik itu ketika ini masih belum reda.

“Doktor dan jururawat HRPZ II sentiasa bersedia bertugas di wad biasa, dewan bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) atau makmal menunjukkan komitmen mereka yang tinggi untuk merawat pesakit Covid-19.

“Bukan hanya di hospital, kerana petugas turut membantu pesakit yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di seluruh negeri ini,” katanya kepada pemberita di HRPZ II, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan Pengurus Serbuk Kopi dan Makanan Chop Bukit, Zulkarnain Hamid yang menyerahkan sebanyak 576 cawan kopi jenama tersebut kepada kakitangan HRPZ II.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Selasawati berkata, kadar kemasukan pesakit Covid-19 di wad HRPZ II sudah melebihi 90 peratus termasuk penggunaan katil di ICU.

Cabaran terbesar katanya, HRPZ II setakat ini terus menerima pesakit Covid-19 di Kelantan yang kritikal pada tahap tiga hingga lima untuk menerima rawatan di wad-wad yang ada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.