Sebanyak 30 peratus remaja terima dos pertama Covid-19

Lebih 30 peratus remaja terima dos pertama Covid-19

Sebanyak 50.7 peratus remaja Terengganu terima dos pertama vaksin. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 30 peratus daripada keseluruhan 2.5 juta sasaran vaksinasi remaja telah menerima dos pertama mereka menerusi Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) Remaja, setakat ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan melaksanakan PICK Remaja kepada golongan remaja antara umur 12 tahun sehingga 17 tahun sebagai suatu ikhtiar untuk melindungi mereka.

KHAIRY JAMALUDDIN

Beliau berkata, walaupun vaksinasi memberikan perlindungan daripada kesan buruk Covid-19, tetapi ia masih belum cukup. 

“Pembudayaan amalan normal baharu masih perlu terus dipraktikkan bagi memastikan kita dan anak-anak dapat menjauhkan diri daripada risiko jangkitan. Kita ketika ini sedang menghadapi pandemik Covid-19 dan dijangka hidup bersama virus ini untuk suatu tempoh masa yang panjang. 

“Risiko Covid-19 ini bukan sahaja kepada golongan dewasa malah juga kepada anak-anak kita. Penularan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun telah menyaksikan trend peningkatan untuk tahun ini,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada sesi webinar dan Facebook Live bertajuk Hidup Bersama-Sama Virus Covid-19: Kanak-Kanak dan Remaja, hari ini.

Dalam hal ini, Khairy berkata, adalah tanggungjawab semua pihak untuk terus memastikan anak-anak terhindar daripada Covid-19 dengan memastikan persekitaran yang selamat buat mereka.

Justeru, katanya, semua pihak perlu memastikan anak-anak boleh beradaptasi dengan situasi ini termasuk menggalakkan mereka patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan tidak kira sama ada mereka telah divaksin atau tidak. 

“Besar sungguh hasrat saya, sekiranya semua pihak, termasuk warga insitusi pendidikan dan ibu bapa dapat memberikan kerjasama dengan memainkan peranan dan tanggungjawab dalam menggarapkan amalan norma baharu ini.

“Ini juga adalah satu persiapan dan persediaan warga sekolah dan ibu bapa untuk anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya