27 tan sisa pepejal dikutip dari kawasan pelancongan di NS

27 tan sisa pepejal dikutip dari kawasan pelancongan di NS

MOHD. Zahir Shari (dua dari kiri) merasmikan tong berpusat kitar semula sempena Program Taman My Inspirasiku di Taman Mulia Legenda Suria, Pajam, Nilai, Seremban hari ini. - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan menjangkakan kira-kira 27 tan janaan sisa pepejal dilupuskan dari kawasan tumpuan pelancong di negeri ini sepanjang bulan September ini.

Pengarahnya, Mohd. Zahir Shari berkata, jangkaan tersebut boleh meningkat kira-kira 2.5 peratus lagi sekiranya negeri ini beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi.

“Kami menjangkakan bulan September ini, sebanyak 27 tan janaan sisa pepejal terutama dari pantai peranginan negara. Ini disebabkan penambahan sisa pepejal dari pengunjung yang semakin ramai di kawasan tumpuan pelancong seperti di Port Dickson.

“Apa yang penting kami mahu memberi kesedaran kepada pengunjung agar dapat membuang sampah di tong sampah yang disediakan dan cuba mengurangkan janaan sisa pepejal.

“Di Port Dickson ia bukan sahaja ada kutipan sisa pepejal tetapi terdapat juga sampah hanyut di kawasan pantai yang turut dikutip oleh pihak syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environmen),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Taman My Inspirasiku di Taman Mulia Legenda Suria, Pajam, Nilai, dekat sini hari ini.

Yang hadir Hadir sama, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin.

Sementara itu, jelas, Mohd. zahir, bagi laluan kutipan sampah di pantai-pantai di Port Dickson, purata janaan sisa bagi bulan Jun, Julai dan Ogos tahun ini adalah sebanyak 24.5 tan. 

“Bagi bulan Julai, janaan sisa adalah sebanyak 23.73 tan manakala Ogos mencatatkan janaan sisa sebanyak 26.61. Berlaku pertambahan sebanyak 2.88 tan atau 12 peratus.

“Kami menjangkakan pada bulan ini sisa yang dihasilkan di kawasan pantai peranginan boleh meningkat sebanyak 10 peratus berdasarkan purata peningkatan sisa yang dihasilkan antara bulan Julai dan Ogos,” katanya lagi. 

Sementara itu, Program Projek Taman Inspirasiku merupakan program memilih taman perumahan yang dijadikan sebagai model kepada taman perumahan lain dalam melaksanakan program kitar semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.