PETALING JAYA: Kes harian Covid-19 ini mencatatkan 19,495 kes berbanding 15,669 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, sebanyak lapan negeri mencatatkan pertambahan kes empat angka dengan Sarawak kembali menjadi negeri tertinggi melaporkan kes iaitu sebanyak 4,709 kes.
Berikut jumlah kes dicatatkan di negeri lain:
Selangor -2,710
Sabah- 2015
Johor -1,860
Pulau Pinang -1,757
Kelantan- 1,434
Kedah -1,178
Perak -1,174
Terengganu- 993
– Pahang -766,
Kuala Lumpur -363,
Negeri Sembilan -222
, Melaka- 190,
Perlis -108
Putrajaya -16
Labuan -0