Xodus dapat kontrak projek CCS Petronas - Utusan Malaysia

Xodus dapat kontrak projek CCS Petronas

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dilaporkan  telah menganugerahkan syarikat perunding tenaga global, Xodus Group Ltd. kontrak reka bentuk kejuruteraan berkonsep untuk projek Pengesanan dan Penyimpanan Karbon (CCS) di luar pesisir Sarawak.

Menurut kenyataan di laman web Xodus, projek CCS Kasawari di pesisir pantai Sarawak itu akan meliputi pengesanan dan pemprosesan karbon dioksida daripada pembangunan telaga gas masam, yang akan disuntik ke dalam telaga gas tersusut.

“Projek berkenaan merupakan elemen utama aspirasi Petronas untuk mencapai Sifar Pelepasan Karbon Bersih (NZCE) menjelang 2050,” menurut kenyataan itu.

Pengarah Wilayah Xodus untuk Asia Pasifik (APAC), Simon Allison berkata, projek ini adalah langkah penting bagi Petronas dan Malaysia, seiring dengan matlamat mewujudkan tanggungjawab tenaga masa hadapan.

“Pemberian kontrak ini adalah bukti kejayaan pengembangan dan pengiktirafan syarikat kami yang semakin meningkat di rantau Asia Pasifik.

“CCS akan menjadi bahagian penting peralihan global kepada pelepasan karbon sifar. Justeru, pengalaman dan kepakaran antarabangsa kami akan menyokong Petronas dalam memberikan kelestarian di seluruh projek masa depan,” ujarnya.

Xodus mempunyai pengalaman luas dalam semua aspek CCS termasuk merancang dan mengendalikan sistem untuk mengesan, memproses, mengangkut, menyuntik dan menyimpan karbon dioksida. 

Dalam projek Kasawari, Xodus juga akan bertukar pengetahuan dan kepakaran dengan komuniti pelanggan dan kontraktor Malaysia.

Kerjasama dengan Petronas dijamin sebagai sebahagian daripada kontrak Xodus untuk menyediakan perkhidmatan kejuruteraan untuk perkembangan Malaysia dan pengendali antarabangsa.

Utusan Malaysia cuba mendapatkan pengesahan dan perincian daripada Petronas namun belum mendapat sebarang jawapan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN