Remaja dan budak perempuan maut, motosikal langgar pokok

Remaja dan budak perempuan maut, motosikal langgar pokok

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang remaja dan seorang kanak-kanak maut selepas motosikal yang dinaiki terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Taman Musytari di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.55 petang itu, motosikal itu ditunggang seorang remaja perempuan berusia 13 tahun bersama dua pembonceng masing-masing berusia 10 dan 13 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari arah Taman Mawar menuju ke Taman Musytari sebelum penunggang motosikal dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke bahu jalan kanan dan melanggar sebatang pokok.

“Akibat kemalangan itu, remaja perempuan (penunggang) motosikal serta kanak-kanak perempuan (pembonceng tengah) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhisham berkata, seorang lagi pembonceng mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta patah kedua-dua belah kaki dan kini menerima rawatan di hospital.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×