Warisan sokong PH jika Anwar raih nombor 'magis' - Azis - Utusan Malaysia

Warisan sokong PH jika Anwar raih nombor ‘magis’ – Azis

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman mendedahkan bahawa Warisan akan menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika beliau mendapat nombor ‘magis’.

Beliau berkata, Anwar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya tujuh lagi sokongan ahli Parlimen.

“Warisan akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri jika Anwar boleh melepasi angka magis dan berharap PH dapat memberikan hak kepada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal jika Anwar tidak melepasi angka magis itu.

“Sebagai pengesahan, pembangkang sekarang ada sokongan 105 ahli Parlimen termasuk Warisan. Kami berharap Anwar boleh mendapat tujuh lagi untuk mencapai angka 111,” katanya dalam akaun Twitter miliknya.

Pada masa sama, Mohd. Azis turut mendedahkan bahawa parti-parti pembangkang lain turut menyatakan sokongan kepada Anwar.

“Termasuk Warisan, Parti Pejuang, Parti Muda serta Parti Sarawak Bersatu (PSB) semua bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Lagi tujuh ekstra Anwar kena cari. Minimum 111 daripada 220 ahli Parlimen. Setakat ini kita ada 105 ahli Parlimen,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN