fbpx

7 Disember 2021, 8:21 am

  TERKINI

Warga emas maut, kereta dipandu bertembung treler

ANGGOTA bomba menggunakan peralatan menyelamat khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta setelah terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Gelung Pepuyu dekat Parit hari ini. - IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan di Kilometer (KM) 11 Jalan Gelung Pepuyu, dekat sini hari ini.

Harun Baharom, 68, maut di tempat kejadian manakala pemandu treler yang membawa muatan kelapa sawit berusia 27 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso berkata, kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 11.40 pagi ketika mangsa yang merupakan pesara Felcra dalam perjalanan dari arah Beruas menghala ke Titi Gantung, Bota manakala pemandu lori berkenaan pula dari arah bertentangan.

“Mangsa yang memandu kereta jenis Kia Spectra berwarna kelabu bertembung dengan pemandu lori berkenaan dari arah hadapan.

“Mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Barudin berkata, punca kematian belum dikenal pasti dan bedah siasat mangsa akan dijalankan pagi esok di Hospital Changkat Melintang, dekat sini.

“Siasatan lanjut diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan berlaku dan kes di klasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan A987 (Akta 333),” katanya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN