‘War cabinet’ solusi krisis politik - Asyraf - Utusan Malaysia

‘War cabinet’ solusi krisis politik – Asyraf

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan kewujudan satu kerajaan sementara ala ‘war cabinet’ seperti manapernah dicetuskan Perdana Menteri United Kingdom (UK), Sir Winston Churchill ketika negara itu berhadapan perang dunia kedua.

Katanya, Kabinet itu akan dilihat bersifat inklusif apabila melibatkan wakil semua parti dengan tanpa mengira blok kerajaan atau pembangkang apatah lagi ketika saat negara berhadapan pandemik Covid-19.

Namun beliau berpandangan, kerajaan ‘war kabinet’ perlu diketuai oleh seorang Perdana Menteri Interim yang dilantik melibatkan individu tidak mempunyai kontroversi dan tidak mempunyai musuh serta mempunyai cita-cita politik.

“Tujuan kerajaan Interim ini dengan fokus kepada tiga perkara iaitu menangani Covid-19, mempercepatkan vaksinasi agar negara segera capai imuniti kelompok danmembantu kebajikan rakyat yang kesempitan ketika ini.

“Kabinet ini boleh dikecilkan daripada 70 menteri dan timbalan menteri kepada hanya beberapa atau maksimum 10 Menteri Koordinator. Kerajaan Interim hanya untuk tempoh sehingga imuniti berkelompok tercapai iaitu lebih 90 peratus rakyat divaksin dan sasaran tidak boleh lebih enam bulan.

“Jika imuniti kelompok berjaya dicapai, Perdana Menteri Interim mesti menasihat Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi diserahkan mandat kembali kepda rakyat untuk diadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15),” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Asyraf Wajdi menambah, langkah kewujudan kerajaan interim itu boleh meredakan suhu politik negara apabila semua parti terlibat fokus untuk tangani Covid-19 dengan sikap gencatan politik atau political ceasefire dalam tempoh enam bulan dan berjaya capai imuniti kelompok.

Katanya, sepanjang Kerajaan Interim itu tidak boleh ada lagi aktiviti jual beli Ahli Parlimen dan orang politik, tidak ada lagi aktiviti persaingan sengit dengan kecenderungan penguasa mengugut dan tawaran untuk melemahkan pesaing di dalam kalangan parti-parti lawan.

“Semua parti hendaklah bekerjasama fokus Covid-19 bukan membina ‘war chess’ sepanjang dalam kerajaan dan lakukan political ceasefire untuk seketika sehingga PRU-15,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya