[VIDEO] Warga emas maut dilanggar lari lori simen - Utusan Malaysia

[VIDEO] Warga emas maut dilanggar lari lori simen

RAKAMAN CCTV dari sebuah stesen minyak berkenaan kejadian kemalangan maut antara sebuah lori dan motosikal di Jalan Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Polis sedang mengesan sebuah lori simen yang terbabit dalam kemalangan maut dengan sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki warga emas di Jalan Tasek Gelugor, di sini Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Zakaria Othman, 74, cedera parah namun disahkan meninggal dunia malam tadi di Hospital Seberang Jaya (HSJ) iaitu kira-kira enam hari selepas kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku ketika motosikal jenis Modenas Kriss ditunggangi mangsa dalam perjalanan dari arah Tasek Gelugor ke Pekan Darat.

RAKAMAN CCTV dari sebuah stesen minyak berkenaan kejadian kemalangan maut antara sebuah lori dan motosikal di Jalan Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi kejadian motosikal mangsa dilanggar dari arah belakang oleh lori berkenaan sehingga mangsa mengalami kecederaan parah pada seluruh badan.

“Bagaimanapun lori itu tidak berhenti selepas kemalangan malah pemandunya terus melarikan diri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8 malam tadi ketika menerima rawatan di HSJ,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan pemandu lori berkenaan sedang giat dijalankan dan pihaknya meminta orang ramai yang melihat kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 018-2881424 atau di mana-mana balai polis berhampiran.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai dari sebuah stesen minyak berdekatan lokasi kejadian didapati merakamkan kejadian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya