[VIDEO] PM tinggalkan Perdana Putra lepas selesai rakaman perutusan sulung - Utusan Malaysia

[VIDEO] PM tinggalkan Perdana Putra lepas selesai rakaman perutusan sulung

ISMAIL Sabri Yaakob meninggalkan bangunan Perdana Putra selepas sesi rakaman ucapan Perdana.- UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Kompleks Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 3.08 petang tadi.

Difahamkan, beliau memasuki kompleks kira-kira pukul 10.55 pagi tadi bagi membuat persediaan untuk menyampaikan perutusan pertamanya secara rakaman awal.

Kenderaan yang membawa Ismail Sabri turut diringi kenderaan pengiring dan peronda polis.

Beliau sempat melambai tangan ke arah pengamal media ketika disapa di luar bangunan ketika melepasi laluan Pintu Protokol.

ISMAIL Sabri Yaakob meninggalkan Kompleks Bangunan Perdana Putra melalui Pintu Protokol. – VIDEO/MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

Bagaimanapun, cubaan wartawan untuk mendapatkan reaksi Ismail Sabri tidak berjaya apabila beliau dilihat sedang menjawab panggilan telefon.

Perdana Menteri kesembilan itu dijadual menyampaikan ucapan sulung beliau pada pukul 5.30 petang hari ini.

Ismail Sabri menerusi laman Facebook miliknya berkongsi poster yang memaklumkan ucapan tersebut akan disiarkan di stesen televisyen, RTM, Bernama TV, TV3, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.

Ahli Parlimen Bera itu dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan di Istana Negara semalam bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan, mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia itu dibuat di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN