UMNO tarik sokongan kepada Kerajaan PN - Utusan Malaysia

UMNO tarik sokongan kepada Kerajaan PN

AHMAD Zahid Hamidi pada sidang akhbar mengumumkan UMNO menarik sokongan kepada Parikatan Nasional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung selama maya hari ini.

Katanya, MT UMNO  sepakat menarik sokongan kepada PN dan Muhyiddin.

Beliau akan mempersembahkan surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menzahirkan penarikan sokongan kepada  Muhyiddin  dan Kerajaan PN.

“Saya akan mempersembahkan surat warkah tambahan kepada Baginda,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya